Saturday, September 5, 2009

..~Ramadhan Menjelma~..

Diriwayatkan Rasullah dan para sahabat menangis kegembiraan menyambut kedatangan bulan yang membawa kelebihan dan kerahmatan melebihi 1000 bulan ini..masing-masing berebut dan bersaing meningkatkan amalan ibadah semaksima yang boleh..sementara pemergian Ramadhan ditangisi kerana terlampau takut akan ketidak sempatan untuk bertemu di masa akan datang..

berbanding dengan kita..ada yang mengeluh panjang dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini..puasa laa..terawih laa..segalanya seolah-olah terbatas..padahal Rasulullah dan sahabat siap berperang menegakkan kalimah Islam di bulan puasa..nak perang banyak guna tenaga tapi diorang boleh je buat..betapa lemahnya iman kita..suruh puasa je pon dah mengeluh..kalau suruh berperang, mesti bantahan beramai-ramai nanti kan atau mungkin mogok lapar...

Diceritakan juga Rasulullah dan para sahabat beribadat terawih dan bermunajat di waktu malam di bulan Ramadhan sehingga hampir masuk waktu subuh..menandakan begitu lamanya mereka menghambakan diri di hadapan Allah di bulan yang penuh mulia ini..sehinggakan para-para isteri mereka terpaksa pergi membawa bekalan sahur ke masjid-masjid bagi membolehkan suami-suami mereka tidak meninggalakan bersahur..bayangkan!!

kalau kita..dahla kalau terawih tu nak kalau boleh abis cepat..lagi cepat sesebuah surau atau masjid tu abis, lagi ramai jemaah..kompem!!..kalau nak bangun bermunajat malam tu..makin la susah..beberapa kerat je sanggup bangun..padahal boleh sangat nak bangun..musim bola eropah yang perlawanan di tengah-tengah malam tu, boleh pulak bangun..tapi bangun untuk beribadat sangatlah payah.

fadhilat Ramadhan..segalanya amalan kebajikan dan amal ibadah digandakan pahala berkali-kali ganda..hakikatnya ramai yang mengerti..namun berapa ramai yang merebut apa yang telah dijanjikan Allah ini..

Misalnya..di bulan Ramadhan..setiap amalan anak Adam itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda..tetapi kenapa masih ramai yang tidak melakukannya..apakah nilaian gandaan pahala itu lebih rendah jika berbanding dengan wang yang digandakan..kalau melibatkan duit semua berebut..yer la kan! duit tu benda yang nampak..bende duniawi..sama dengan kemahuan nafsu..sementara pahala ni benda ghaib..benda ukhrawi..berlawanan dengan kehendak nafsu..sebab tu macam nak tak nak je..

Bersama-sama..mempertingkatkan amalan..banyakkan dzikir..teruskan berdoa..dan harapan kita semoga Ramadhan kali ini dapat ditempuhi jauh lebih baik berbanding Ramadhan yang lalu..bersama-sama lah merebut ganjaran yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan sementara masih diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkannya..andai kata tahun depan tiada lagi kesempatan dan ramadhan kali ini adalah yang terakhir bagi kita, bagaimanakah kesudahan kita agaknya..renung-renungkanlah dan selamat beramal......

Friday, July 31, 2009

..~NaSiB HaIwAn di AkhiRaT~..




Di akhirat nanti manusia dan jin akan dihitung amalannya sama ada syurga dan neraka..persoalannya di sini adakah haiwan juga akan ditentukan syurga nerakanya?
adakah mereka menerima nasib yang sama seperti manusia dan jin?



Binatang2 dunia yg dimasukkan ke dalam syurga:

1) Buraq ( Tunggangan Nabi SAW ketik isra' )

2) Unta yg disembelih oleh kaum thamud yg zalim dan derhaka kpd Nabi Soleh a.s.

3) Himar tunggangan Nabi Allah 'Aziz.

4) Lembu jantan yg hendak dijamukan oleh Nabi Ibrahim kpd Malaikat yg datang ke rumahnya berupa orang2 muda.

5) Kibash penebus leher Nabi Allah Ismail tatkala hendak disembelih oleh ayahnya Nabi Allah Ibrahim..

6) Burung Hud Hud Nabi Allah Sulaiman.

7) Semut (Ketua semut yg keluar bersama2 Nabi Allah Sulaiman tatkala hendak meminta hujan di tengah padang.

8) Anjing ashabul kahfi

9) Ikan yg menelan Nabi Allah Yunus a.s tatkala dibuang oleh kaum fasiq ke dalam laut.

10) Lembu Bani Israil yg disembelih kerana hendak membangunkan org kaya sudah mati dibunuh oleh anak saudaranya supaya dipukulkan Nabi Allah Musa lidahnya kepada mayat itu boleh ia bertutur mengatakan orang yg membunuhnya iaitu dua orang anak saudaranya.

Lain drpd binatang yg diistimewakan oleh Allah di atas maka binatang2 yg lain tdk mendapat balasan syurga ataupun neraka..kerana syurga dan neraka itu disediakan utk jin dan manusia
Di akhirat tidak ada tempat yg lain selain drpd syurga dan neraka..kalau tidak masuk syurga atau masuk neraka maksudnya xde tempat bg haiwan selain yg diistimewakan oleh
Allah..selepas mati mereka tidak dibangkitkan dan tidak di hasyar atau dihisab..

Abu Razak merekodkan bahawa Abu Hurairah berkata:
"Semua makhluk akan dikumpulkan pada hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain-lain. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Kemudian Allah akan mengarahkan mereka : 'Jadilah debu!'. Maka berkatalah orang kafir : 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalanku dan menerima balasan) '(Surah al-Naba' : 40).

Haiwan akan menjadi debu. Lenyap dengan serta merta selepas diadili Allah di padang masyar.

Saturday, July 4, 2009

..~HuKuM WaNiTa BeRhias Di SaLoN KecaNtikan~..

Adakah boleh Muslimat menghias dirinya di tempat-tempat tertentu,misalnya di salon kecantikan, dengan alasan keadaan masa kini bagi wanita sangat penting untuk tampil dengan perlengkapan dan cara-cara berhias seperti itu yang bersifat moden?





Agama Islam menentang kehidupan yang bersifat kesengsaraan dan menyiksa diri, sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh sebahagian dari pemeluk agama lain. Agama Islam pun menganjurkan bagi ummatnya untuk selalu nampak indah dengan cara sederhana dan selayaknya, yang tidak berlebih-lebihan. Bahkan Islam menganjurkan di saat hendak mengerjakan ibadat,supaya berhias diri disamping menjaga kebersihan dan kesucian tempat mahupun pakaian.

Allah swt. berfirman:

"... pakailah pakaianmu yang indah pada setiap
(memasuki) masjid ..." (Q.s.Al-A'raaf: 31)

Bila Islam sudah menetapkan hal-hal yang indah, baik bagi muslimin atau muslimat, maka terhadap wanita, Islam lebih memberi perhatian dan kelonggaran,kerana fitrahnya,
sebagaimana dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasan emas, dimana hal itu diharamkan bagi kaum laki-laki.

Adapun hal-hal yang dianggap oleh manusia baik, tetapi membawa kerosakan dan perubahan pada tubuhnya, dari yang telah diciptakan oleh Allah swt, dimana perubahan itu tidak layak bagi fitrah manusia, tentu hal itu pengaruh daripada
perbuatan setan yang hendak memperdayakan manusia. Oleh itu, perbuatan tersebut dilarang.



Nabi saw. menamakan perbuatan itu sebagai suatu bentuk kepalsuan.Bagi wanita yang menghias rambut atau lain-lainnya di salon-salon kecantikan, sedang yang menanganinya adalah kaum laki-laki.
Hal itu jelas dilarang, karena bukan saja bertemu dengan laki-laki yang bukan muhrimnya, tetapi lebih dari itu, sudah pasti itu haram, walaupun dilakukan di rumah
sendiri.

Bagi wanita Muslimat yang tujuannya taat kepada agama dan Tuhannya, sebaiknya berhias diri di rumahnya sendiri untuk suaminya, bukan di luar rumah atau di tengah jalan untuk orang lain. Yang demikian itu adalah tingkah laku kaum Yahudi yang menginginkan cara-cara moden dan sebagainya.

Saturday, April 18, 2009

..~KiTa BeRtAnYa & Al-Quran SuDah MeNjAwAb~..

Kita selalu Bertanya..dan Al-Quran sudah menjawabnya..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Friday, March 6, 2009

..~IsTiMeWaNyA WaNiTa DaLaM IsLaM~..

Wanita dalam ISLAM...
*Kaum feminis
*ADE YG MENGATAKAN susah jadi wanita ISLAM, KERANA :

1- Wanita
*auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu
*meminta izin daripd suaminya apabila mahu keluar rumah
*tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita
*saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita
*menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu
*menghadapi kesusahan mengandung dan
*melahirkan anak.

6- Wanita wajib
*taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.

7- talak
*terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang
*dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita (wanita)lihat sebaliknya??

WANITA
*Sesuatu yg tersangat mahal
*harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. *Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?

.......Itulah bandingannya dgn seorg wanita........

1-Wanita perlu taat kpd suami
*tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?

2-Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
*tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya
*manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.

3-Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak
*tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di muka bumi ini dan matinya kerana melahirkan anak dianggap sebagai SYAHID.

.... Di akhirat kelak....

>>seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
*Isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya.

SEBALIKNYA.....

>>>seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
*Suaminya,
*ayahnya,
*anak lelakinya
*saudara lelakinya.


.........seorang wanita..........

*boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja :
..Sembahyang 5 waktu
..puasa di bulan Ramadhan
..taat pd suaminya
..menjaga kehormatannya.

......Seorg lelaki.....


*perlu pergi berjihad fisabilillah
....tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ...
demikian sayangnya ALLAH pada wanita

Friday, February 13, 2009

..~Dalam Hidup Yang Penting ialah KEBERKATAN~..

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat..
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Sunday, December 28, 2008

..~Doa Awal & Akhir Tahun~..

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



--------------------------------------------------------------------------------

Saturday, November 29, 2008

..~Wanita Yang Menghuni Neraka~..

Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra Miraj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:

Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda

sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:

Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab:


1.Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.

2.Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya.

3. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunumbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

4. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.

5. Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka.

6. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

7. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta.

8. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.

9. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka.


Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:

Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?


Rasulullah menjawab:

1. Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya.

2. Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

3. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

4. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.

5. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat ole lelaki lain.

6. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).

7. Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.

8. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.